BEAUFORT: Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Baru Durok, Keningau, Sabtu lalu, ditemukan lemas semalam.
Mangsa dikenali sebagai Al Sharil, 16, ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Padas Kampung Labi Gadong, di sini, oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak bomba kira-kira 5 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi dan terdapat satu mayat terapung di sungai berkenaan.
“Pasukan bomba kemudian mengambil mayat terbabit dan diserahkan kepada pihak polis.
“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Forensik Hospital Beaufort, untuk tujuan pengecaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang, Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Al Sharil, 16, dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya. – Info X