Search

Bedah siasat jenazah Zara mesti siap hari ini – Peguam

August 10, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir mesti diiselesaikan hari ini.

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, berkata setakat jam 3 petang proses bedah siasat berjalan lancar dan dijangka selesai dalam masa sejam setengah hingga dua jam.

Katanya, proses itu dijangka selesai petang ini juga atau jika terpaksa diselesaikan hingga malam.

“Bedah siasat masih lagi dijalankan. Jadi mungkin akan habis dalam sejam setengah ataupun dua jam, tapi kita harap lagi awal lah. Tapi terpulang kepada proses bedah siasat.

Setelah habis, jenazah akan dibungkus semula dan akan dibawa terus ke Sipitang untuk pengebumian semula.

“Hari ini juga. Kalau malam-malam lah,” katanya kepada media mengenai perkembangan semasa bedah siasat jenazah arwah Zara di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada Ahad.

Setakat ini, katanya proses bedah siasat berjalan baik dengan dipantau rakan guamannya, Shahlan Jufri di bilik bedah siasat, manakala anggota polis di luar bilik bedah. – Info X