Search

UMNO LULUS PINDA PERLEMBAGAAN TANGGUH PEMILIHAN PARTI

May 15, 2022

admin

KOTA KINABALU: Usul untuk meminda perlembagaan Umno bagi membolehkan pemilihan parti itu ditangguh selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) berjaya diluluskan, hari ini.

Usul berkenaan dicadangkan Naib Presiden Umno Mohamad Khaled Nordin yang kemudiannya disokong oleh Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno.

Cadangan pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara membabitkan kira-kira 2,58O perwakilan seluruh negara yang hadir bersidang bagi Perhimpunan Agung Umno Khas (EGM), di Kuala Lumpur, petang ini.

Pindaan Perlembagaan itu membabitkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Bahagian dan Cawangan.

Pindaan ini memberi kuasa kepada MKT Umno untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas diadakan. sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.

Tarikh Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 adalah seperti yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama. – Info X