Search

PRN17: Shahelmey akan umum hala tuju apabila tiba masanya

August 22, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya akan mengumumkan hala tuju politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) apabila tiba masa sesuai.

Perkara itu dijelakan Timbalan Ketua Menteri itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini yang menyatakan Shahelmey akan menyertai pasukannya.

“Hala tuju saya pada PRN17 ini akan saya buat pada suatu masa yang saya rasa sesuai kelak,” katanya.

Ahad lalu, Hajiji menyatakan Shahelmey bakal menyertai pasukannya pada PRN17 ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri Kerja Raya negeri itu pada satu program di Putatan.

Jawapan itu ditafsir sebagai menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipengerusikan sendiri oleh Hajiji.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan, berkata beliau menghargai jawapan Ketua Menteri Sabah itu dan menyifatkannya sebagai satu perakuan terhadap sokongan beliau kepada kepemimpinan Hajiji dan kerajaan GRS – Pakatan Harapan (PH) Plus yang ada sekarang.

“Saya juga menyambut baik keterbukaan dan penerimaan Ketua Menteri terhadap kehadiran saya,” katanya.

Shahelmey dalam dilema kerana digantung keahlian dalam UMNO Sabah, selain berdepan risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Putatan jika bertanding atas tiket parti lain. – Info X