Search

Inkues kematian Zara: Peguam bawa patung ke mahkamah

September 4, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kehadiran peguam bela remaja tertuduh, Datuk Ram Singh bersama rakan guamannya yang membawa sebuah patung ke Mahkamah Koroner, di sini, pagi tadi, mencuri tumpuan wakil media yang hadir sejak awal pagi, pada Khamis.

Patung berkenaan dibawa bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam prosiding hari kedua inkues kematiannya.

Dr Jessie dijangka menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC), selain soalan pihak berkepentingan termasuk ibu dan bapa arwah melalui peguam masing-masing.

Peguam yang mewakili lima tertuduh remaja berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak juga dijangka mengemukakan soalan.

Semalam, Dr Jessie memberitahu mahkamah, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau juga menegaskan, tidak mungkin arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu, awal pagi 16 Julai lalu. – Info X