Search

2,897 mangsa banjir, tanah runtuh dipindah, Sipitang daerah terbaharu diisytihar kawasan bencana

September 17, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Daerah Sipitang diisytihar sebagai kawasan terbaharu dilanda banjir di Sabah berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengisytiharan bencana di daerah itu dibuat Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Abd Karim AM Zahari, berkuatkuasa jam 8 pagi ini.

Ia menjadikan sebanyak enam daerah terjejas akibat banjir dan tanah runtuh setakat ini, termasuk Beaufort, Penampang, Membakut, Papar dan Putatan.

Setakat jam 8 pagi ini seramai 2,897 mangsa banjir dan tanah runtuh dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah terbabit.

Daripada jumlah itu, mangsa paling ramai dipindahkan di Membakut seramai 931 orang, diikuti Penampang (809), Putatan (559), Papar (317) dan Beaufort (281).

Secara keseluruhan sebamyak 108 kampung dikenal pasti terjejas akibat bencana dengan 46 di Beaufort, diikuti Penampang (24), Papar (20), Membakut (9) dan Putatan (8). – Info X