Search

PERGADUHAN PELAJAR DI SANDAKAN, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

May 24, 2022

admin

SANDAKAN: Polis akan menyiasat kejadian sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri yang dipercayai berlaku di Sandakan.

Video pergaduhan itu turut tular di media sosial dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Elopura, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca pergaduhan serta mereka yang terlibat.

“Pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke Balai Polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Micheal Goh di nombor 016-8741216 atau 089-203223.

Kejadian yang tular di media sosial sejak jam 2 petang tadi menyaksikan sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini, belum dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan sebarang kecederaan atau tangkapan oleh pihak polis. – Info X