KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan tiada laporan berkaitan isu kekurangan bekalan ayam diterima berlaku di Sabah setakat ini.
Beliau berkata, bekalan ayam tempatan yang diusahakan penternak di dalam negeri dilihat banyak membantu untuk memenuhi keperluan pengguna.
“Kita di negeri masih mempuyai penternak ayam tempatan yang boleh menyalurkan bekalan ayam bagi memenuhi permintaan pengguna.
“Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah turut memberitahu bekalan ayam dari luar negara memang tidak diimport dalam kuantiti yangbanyak berikutan bekalan keperluan terbabit masih mencukupi.
“Bagaimanapun, kita tetap bimbang perkara ini boleh berlaku di Sabah terutamanya ketika musim perayaaan,” katanya ketika sidang sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas berkaitan isu ketiadaan bekalan ayam seperti yang berlaku dikebanyakkan negeri di Semenanjung.
Dalam pada itu, Jeffrey meminta semua pembetulan ayam di seluruh negeri agar memantau isu berkaitan ayam dalam memastikan bekalan tidak terputus diperingkat pengguna. – Info X