Search

AARON & WAN VC JUARA BOLA TAMPAR PIALA PEGAWAI KESIHATAN KENINGAU

June 1, 2022

admin

KENINGAU: Pasukan Aaron & Wan VC muncul juara kejohanan bola tampar lelaki terbuka Piala Pegawai Kesihatan Keningau 2022 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Pasukan daripada Kimanis itu dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Aura daripada Kota Kinabalu dalam aksi final di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Keningau, di sini.

Pasukan Aura daripada Kota Kinabalu mucul naib juara.

Kejohanan yang dianjurkan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau itu turut menyaksikan pasukan A Team daripada Tambunan muncul pemenang tempat ketiga manakala pasukan Virsha daripada Kudat sekadar berpuas hati di tempat keempat.

Pasukan A Team daripada Tambunan berjaya mendapat tempat ketiga.

Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan itu dengan format pertandingan adalah perlawanan liga dalam kumpulan.

Dua pasukan teratas daripada setiap empat kumpulan layak beraksi di suku akhir seterusnya empat pasukan yang menang mara ke separuh akhir bagi menentukan pasukan yang beraksi di final.

Virsha daripada Kudat sekadar berpuas hati di tempat keempat namun terpilih sebagai pasukan terbaik kejohanan.

Sementara itu, pasukan Virsha dipilih sebagai pasukan terbaik kejohanan manakala Mohd Hafiz Jumaani dari pasukan Aaron & Wan VC dipilih sebagai pemain terbaik.

Dr Mohamad Norhaizam menyampaikan hadiah kepada Mohd Hafiz Jumaani dari pasukan Aaron & Wan VC yang dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Terdahulu, hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad Narawi. – Info X