KOTA KINABALU: Pasukan bomba menyelamatkan seorang wanita yang melahirkan anak perempuannya dengan sendiri dalam sebuah kenderaan di Jalan Lintas, dekat sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhuhung kejadian itu pada jam 1.50 tengah hari.
“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di situ, didapati benar ada seorang wanita bersalin sendiri didalam kereta jenis Perodua Viva.

“Mangsa seterusnya dikeluarkan pihak bomba selepas pihak KKM (Kementerian Kesihatan) selesai memotong tali pusat dan dipindahkan ke ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kenderaan terbabit sebelum itu dipandu suami mangsa sebelum mangsa tiba-tiba bersalin.
pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 2.10 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud. – Info X