Search

DONOVOND ANDREEY JUARA CP VOICE UP

June 2, 2022

admin

KOTA KINABALU: Peserta asal Tambunan, Donovond Andreey Damianus, 30, dinobatkan juara Pertandingan CP Voice Up Sugandoi yang berlangsung di Palm Square, pusat beli-belah Centre Point, baru-baru ini.

Mempersembahkan lagu Samod Dit Ondu dan Lamazo Tadau Kaamatan pada peringkat akhir, kemenangan itu sekaligus menyaksikan Donovond Andreey menewaskan tujuh finalis lainnya.

Kemenangan berganda juga buat Donovond Andreey apabila diri turut meraih anugerah persembahan terbaik dan anugerah paling popular BTV.

“Saya terkejut dan tidak menyangka akan memenangi ketiga-tiga anugerah ini.

“Terima kasih kepada semua orang yang menyokong saya sepanjang perjalanan dalam kerjaya nyanyian.

“Setinggi penghargaan kepada pihak Centre Point kerana menganjurkan acara seumpama ini sempena musim Pesta Kaamatan,” katanya.

Hasil kemenangannya, Donovond Andreey
membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

Terdahulu, Donovond Andreey juga antara 10 peserta separuh akhir yang akan bertanding dalam Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA pada 28 Mei lalu.

Dalam pada itu, naib juara pertama diberikan kepada Mamat San Abu yang berasal dari Tenom, dan naib juara kedua disandang oleh Mohd Shafiq dari Ranau.

Sementara itu, Shawnia Welona berasal dari daerah Penampang Penampang dinobatkan pertandingan sama bagi kategori remaja) manakala Nathalia Athena dari Menggatal dan Edmund Miming dari Penampang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga yang membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil.

Bagaimanapun, Nathalia turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik manakala
Peserta asal Penampang, Eden Claire diberikan anugerah Paling Popular BTV. – Info X