Search

Lelaki maut jatuh dari tingkat 4 Flat Sim-Sim

November 18, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat Flat Sim-Sim, Jalan Buli Sim-Sim, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Chauslim Sunsubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.29 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, mangsa ditemui terbaring di kawasan tangga selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.21 petang tadi selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian selamat dan bebas daripada sebarang risiko lain,” katanya.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian. – Info X