Search

Anak mengamuk, pukul dan tendang bapa ditahan polis

November 24, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki yang dipercayai mengamuk sebelum menyerang bapanya sendiri di Kampung Sungai Imam, di sini akhirnya diberkas polis dalam serbuan awal pagi tadi.

Kejadian berlaku Sabtu lalu sekitar jam 11.30 pagi apabila mangsa, lelaki berusia 69 tahun, berada di rumah sebelum anaknya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan memukul dan menendang tanpa sebab.

Serangan itu menyebabkan warga emas berkenaan cedera di bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi hasil maklumat orang awam.

“Polis dari Balai Polis Bombalai membuat serbuan di kediaman suspek sebelum memberkasnya.

“Suspek yang tidak bekerja kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Jasmin menasihatkan masyarakat supaya menghormati ibu bapa dan mengawal emosi dan menyelesaikan masalah secara matang bagi mengelakkan kesan buruk yang tidak boleh dipulihkan.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan insiden keganasan termasuk dikalangan keluarga dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. – Info X