Search

Pekerja cekup pencuri, MPV polis tahan semula di kedai serbaneka

December 25, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Tindakan pantas seorang pekerja berjaya menggagalkan cubaan kecurian di sebuah kedai serbaneka di One Arena, Jalan Chong Thien Vun, di sini, sebelum suspek diserahkan kepada polis, semalam.

Dalam kejadian itu, unit peronda MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau yang sedang menjalankan rondaan menerima makluman awam berhubung kejadian berkenaan sebelum bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, polis menahan semula seorang lelaki berusia sekitar 46 tahun yang sebelum itu telah dicekup oleh pekerja kedai terbabit kerana disyaki mencuri.

Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan beberapa barangan dipercayai hasil kecurian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Polis turut menegaskan komitmen untuk terus mempergiat rondaan serta tindakan pencegahan jenayah demi memastikan keselamatan orang ramai. – Info X