Search

BERGADUH DI HADAPAN PUSAT HIBURAN, 17 LELAKI DITAHAN

June 14, 2022

admin

SANDAKAN: Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan, di Bandar Utama Batu 6, di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan terbabit menjadi viral di media sosial.

“Siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira jam 11.30 malam, pada Sabtu, di hadapan sebuah pusat hiburan.

“Kesemua individu terbabit kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut dan pihak kami juga masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau Kedua-duanya sekali. – Info X