Search

Lelaki maut kenderaan terbabas sendiri di Penampang

January 15, 2026

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Papar Lama, Penampang berhampiran belakang Kem Lok Kawi, Putatan, pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendant Sammy Newton, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, 14 Januari 2026.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki warga asing berusia 40 tahun bersama tiga penumpang lelaki berusia antara 30 hingga 69 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kejadian menyebabkan penumpang hadapan berusia 69 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu dan dua penumpang belakang lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kenderaan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam pada itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Penampang atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Amrin Mohamad Rif di talian 017-6638278,” katanya. – Info X