KOTA KINABALU: Seramai 336 mangsa banjir daripada 111 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kota Marudu dan Pitas, setakat tengah hari ini.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, mangsa paling ramai dipindahkan setakat ini ialah di Kota Marudu membabitkan seramai 274 mangsa daripada 83 keluarga.

Kesemua mangsa dari lima kampung yang terjejas di Kota Marudu itu dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2.

Sementara itu, di Pitas, seramai 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke empat PPS yang dibuka di daerah itu setakat ini.
PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, Dewan Majlis Daerah Pitas, Dewan Kusilad dan Dewan Kabatasan.
Bagi daerah Pitas, sebanyak 19 kampung dilaporkan terjejas akibat banjir setakat ini. 6 Info X