Search

Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Sabah lafaz Ikrar Bebas Rasuah

February 26, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Selepas Jemaah Menteri, Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerajaan negeri diteruskan bagi Pembantu Menteri dan Setiausaha Politik, pada Khamis.

Majlis yang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, di sini.

Lafaz ikrar dimulakan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik sebagai tanda komitmen memperkukuh integriti serta tadbir urus beramanah dalam pentadbiran negeri.

Selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua yang terlibat, majlis diteruskan dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, masing-masing mewakili Pembantu Menteri dan Setiausaha-Politik menyerahkan dokumen IBR kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

Mohd Fuad yang menyaksikan majlis itu, turut memberi taklimat khas yang memberi penekanan kepada usaha pencegahan rasuah serta pemantapan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Dayang Noorashikhin Zulkefli dan Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso. – Info X