KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah (JSJN) Sabah sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua individu berkenaan dikenal pasti sebagai Choy Weng Hong dan Yam Chee Feng.
Menurut kenyataan itu, Choy Weng Hong yang beralamat di Taman Seri Mega 1, Kepayan, Penampang serta Yam Chee Feng dari Kingfisher Sulaman, Kuala Menggatal, dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah rujukan Penampang/000821/2026.
Kes berkenaan disiasat oleh pegawai penyiasat, ASP Siti Norsa’idah Binti Mohammad Shah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi kedua-dua individu terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 088-454650 atau 088-454222.
Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat di talian 017-9881932 atau mana-mana balai polis berhampiran.
JSJN Sabah menegaskan kerjasama orang awam amat penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar serta tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang. – Info X