KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua USIA Sabah baharu bagi sesi 2022-2024.
Pemilihan beliau itu adalah sempena Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Usia ke-35 di Menara Usia 1 Borneo, semalam.
Bekas Ahli Parlimen Sipitang itu memperolehi sebanyak 135 undi sekaligus mengetapikan dua pencabarnya iaitu Datuk Mohammad Yusof Apdal yang memperoleh 126 undi dan penyandang sebelum ini Datuk Sairin Karno yang hanya memperolehi 50 undi.
Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, Ketua USIA Bahagian Tungku, Abul Hakim Gulam Hassan dipilih menduduki jawatan berkenaan selepas menewaskan dua pencabarnya yang lain, Datuk Seri Arsit Hasi Sedi dan Datuk Alipudin P Puyon.
Lima individu yang dipilih bagi mengisi lima jawatan Naib Yang Dipertua ialah Madaile Basri, Profesor Datuk Dr Kassim Mansur, Professor Dr Suhaili Riman, Datuk Arshad Haji Idris dan Datuk Pg Abdul Rahman Pengiran Digadong Muhammad Galpam.
Sementara itu, kejutan turut berlaku bagi jawatan Ketua Badan Wanita USIA apabila penyandangnya, Datuk Azizah Mohd Dun hanya memperolehi 140 undi sekaligus tewas di tangan Ketua Wanita Usia Bahagian Kuala Penyu, Datuk Siti Aminah Aching yang memperolehi 167 undi. –Info X