Search

100 asnaf terima zakat wakalah Sabah Electricity

March 12, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 100 golongan asnaf di kawasan Putatan menerima bantuan Wakalah Zakat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi meringankan beban dan berkongsi rezeki pada bulan Ramadan.

Sumbangan zakat itu diserahkan Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz pada Majlis Sesuci Budi Seikhlas Ramadan anjuran Sabah Electricity di Masjid Nurul Ihsan, Putatan pada Isnin.

Penganjuran program itu bertepatan dengan niat Sabah Electricity untuk sentiasa prihatin dengan kesulitan masyarakat dalam mendepani cabaran hidup pada masa kini.

Saadiah berkata, sumbangan wakalah zakat itu turut diberikan kepada Masjid Nurul Ihsan Kampung Ketiau, Surau Raudhatul Jannah, PPR Sri Keramat dan Surau Darul Uluumil Quraniyyah, Kampung Sindil.

“Semoga pemberian sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penerima dan menjadi ibadah yang berkah untuk kita semua,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Petagas selaku Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Mohd Yaakob Jaafar. – Info X