Search

Bengkel, kenderaan hangus dalam kebakaran

March 24, 2026

Info X Reporters

SIPITANG: Sebuah bengkel kereta di Kampung Pelakat, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, bengkel jenis tidak kekal berkeluasan kira-kira 74 meter persegi terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Calvin Joe Jeafrey berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi sebelum sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 4.06 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel serta beberapa kenderaan.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan empat motosikal yang musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang kira-kira 91 meter dengan dua pancutan air daripada jentera.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.17 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.39 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi berjalan lancar,” katanya. – Info X