Search

GAGAL KAWAL KERETA, REMPUH EMPAT KENDERAAN

July 3, 2022

admin

SANDAKAN: Empat kenderaan rosak selepas sebuah kereta dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan diletakkan di tepi jalan Buli Sim-Sim berhampiran Restoran Jambatan 88, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki tempatan terbabit dari arah luar bandar menghala ke bandar Sandakan.

“Empat buah kenderaan lain yang terlibat pula sedang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di tepi jalan Buli Sim-Sim dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu.

“Proton Iswara berkenaan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba
setibanya di tempat kejadian sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar keempat-empat kenderaan dibahagian belakang.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan manakala keempat-empat kenderaan yang terlibat hanya mengalami kerosakan.

“Kes di siasat dibawah R10 LN166/59,” katanya. – Info X