Search

KES CEROBOH GEREJA, PECAHKAN SALIB ANGKARA ORANG KURANG SIUMAN

July 7, 2022

admin

KENINGAU: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk Gereja Katedral St. Francis Xavier, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis Nor Rafidah Kasim berkata, siasatan awal, suspek berusia 34 tahun yang ditahan terbabit dipercayai kurang siuman.

“Suspek dan barang rampasan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nor Rafidah berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi itu menyebabkan kerosakan pada dua patung dan sebuah salib dijatuhkan.

Katanya, siasatan turut mendapati gereja berkenaan berpagar tetapi tidak berkunci dan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak berfungsi. – Info X