KENINGAU: Gereja Katedral St. Francis Xavier, di sini, dilaporkan diceroboh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.
Keuskupan Keningau kenyataan mereka di Facebook berkata, individu terbabit telah merosakkan patung serta salib milik gereja katolik itu dalam kejadian sekitar 7.30 pagi tadi.
“Orang awam diharapkan bersabar dan berhenti membuat spekulasi serta andaian tidak tepat berhubung insiden ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” kata kenyataan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL