Search

Polis kesan waris lelaki meninggal dunia di bilik sewa

April 21, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia di sebuah bilik sewa di Bandaran Berjaya, di sini, pada 19 April lalu.

Polis Daerah Kota Kinabalu menerusi kenyataan hari ini di Facebook memaklumkan, si mati dikenali sebagai Low Yook Nam, 75, berbangsa Cina.

Menurut kenyataan itu, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.38 pagi di lokasi berkenaan.

“Mayat si mati kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I bagi tujuan pengecaman dan tuntutan oleh waris terdekat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali si mati diminta tampil membantu bagi melancarkan urusan pengecaman dan pengurusan selanjutnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Polis (ASP) Muhammad Abu Zar Jali @ Ramli di talian 019-3546375, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang awam amat dihargai. – Info X