SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lokasi kebakaran Kampung Bahagia dan melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 3.35 petang sebelum menerima taklimat tragedi kebakaran daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sandakan.
Beliau bersama Ketua Menteri kemudian ke Kampung Bahagia untuk meninjau lokasi kejadian dan melihat sendiri tahap kemusnahan.
Mereka seterusnya ke PPS Dewan PPR Taman Batu Sapi bagi meninjau keadaan mangsa, sebelum berlepas pulang kira-kira jam 5.50 petang. – Info X