Search

Kenderaan dinaiki dua beranak terjunam dalam kolam

April 26, 2026

Info X Reporters

KINABATANGAN: Dua beranak berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam kolam di Bukit Garam Point, di sini, semalam.

Kedua-dua mangsa iaitu pemandu yang berusia 39 tahun dan anak perempuannya berusia enam tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila kereta dipandu mangsa dipercayai bergerak ke hadapan sebelum merempuh pagar dawai dan masuk ke dalam kolam.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, pemandu dipercayai cuba meletakkan kenderaannya secara mengundur di belakang sebuah kedai.

“Pemandu bagaimanapun tersilap menekan gear ‘D’ menyebabkan kenderaan meluncur ke hadapan dan terjunam ke dalam kolam.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka dibantu keluar daripada kenderaan berkenaan oleh ahli keluarga yang berada di situ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ravi berkata, kes disiasat mengikut Kaedah Lalulintas 1959. – Info X