Search

Lelaki ditemui maut atas bumbung dipercayai terkena renjatan elektrik

May 9, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di atas bumbung sebuah bangunan di Karambunai, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa ditemui di atas bumbung bangunan sebelum pasukan bomba dipanggil bagi membantu menurunkannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 10 anggota bersama jentera dari BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.50 petang dan mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik di atas bumbung bangunan.

“Operasi menurunkan mangsa dilakukan menggunakan pengusung (stretcher) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.06 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian. – Info X