Search

KEHILANGAN JUDE ANGEL TIADA UNSUR PENCULIKAN

July 14, 2022

admin

BEAUFORT: Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kehilangan adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, sejak Sabtu lalu tiada kaitan dengan unsur penculikan.

“Polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh sejak hari pertama menerima laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Ia termasuklah mengambil keterangan daripada ibu bapa serta ahli keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusoff Zaki memaklumkan
siasatan mendapati kejadian ini tidak menjurus kepada unsur penculikan. – Info X