Search

Salleh dilantik Ketua Merinyu Projek Sabah

May 19, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ketua Merinyu Projek Sabah.

Beliau menerima surat pelantikannya daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini, pada Selasa.

Bekas ADUN Usukan itu menyatakan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepercayaan yang diberikan
kepadanya.

Salleh menyatakan janji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen, ketelusan dan integriti. – Info X