Search

Pokok tumbang hempap rumah, 3 cedera di Sandakan

July 17, 2026

Info X Reporters

SANDAKAN: Tiga termasuk dua kanak-kanak cedera selepas rumah yang didiami dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Gum-Gum Kecil, di sini, malam tadi.

Mangsa yang cedera masing-masing seorang wanita berusia 47 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.04 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi itu yang terletak 23 kilometer (km) dari balai dan mendapati bahagian dapur rumah berkenaan rosak dihempap pokok tumbang.

“Pokok tumbang menyebabkan kerosakan kira-kira 40 peratus di bahagian dapur. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

“Pasukan bomba bertindak memotong pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji berantai dan mengalihkan ke tempat selamat,” katanya.

Jimmy berkata, operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi hari ini selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi itu. – Info X