Search

Laluan dua hala LPB kini dari Kinarut ke Sungai Damit, Membakut

July 20, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya dari selatan ibu negeri kini boleh memandu dengan lebih lancar berikutan pembukaan laluan dua hala Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) bermula dari Jambatan Bongawan sejak Sabtu lalu.

Pembukaan laluan dua hala itu diumumkan menerusi laman Facebook Pan Borneo Sabah sebagai makluman kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini LPB Sabah.

“Orang awam adalah dimaklumkan bahawa 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐢𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 telah mula dibuka kepada pengguna pada 18 Julai 2026.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐩𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 semasa menggunakan laluan tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan.

“Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta kesabaran para pengguna jalan raya,” kata notis umum di laman Facebook Pan Borneo Sabah.

Pembukaan laluan dua hala itu menjadikan laluan dua hala LPB di jajaran selatan ibu negeri, khususnya bermula dari Papar kini sudah dibuka hingga ke Sungai Damit, Membakut.

Hanya jajaran dari Membakut ke Beaufort dan Sipitang masih menggunakan laluan sehala berikutan kerja pembinaan di beberapa lokasi yang belum siap.

Berikutan perkembangan itu, pengguna LPB Sabah dari ibu negeri kini boleh menikmati laluan dua hala yang lebih lancar bermula dari Kinarut ke Benoni, Papar, seterusnya ke Kimanis dan Bongawan serta Sungai Damit, Membakut membabitkan jarak kira-kira 55 kilometer. – Info X