Search

JURAGAN BERENANG ENAM JAM SELEPAS BOT KARAM

August 1, 2022

admin

SEMPORNA: Seramai 11 individu termasuk seorang kanak-kanak terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Mantabuan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, juragan bot terbabit turut dikatakan terpaksa berenang kira-kira enam jam untuk mendapatkan bantuan di pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dengan kesemua mangsa yang berusia 3 hingga 79 tahun terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari negara jiran ke Semporna.

”Siasatan mendapati bot yang dinaiki sembilan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak itu karam selepas mengalami kebocoran akibat terlanggar kayu terapung.

”Difahamkan, juragan dan penumpang sempat bertindak mengikat tong minyak kosong di bot berkenaan bagi mengelak daripada tenggelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Farhan berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di pulau itu segera bertindak menyelamatkan kesemua mangsa terlibat.

”Semua mangsa kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Info X