Search

AWCL: Sabah FA berpesta gol, belasah Rovers FC dari Guam 13-0

August 17, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah FA membelasah Rovers FC dari Guam 13-0 dalam perlawanan kedua peringkat awal Kumpulan A, Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Jaringan tuan rumah bermula seawal minit ke-10 menerusi pemain import dari Jepun, Ayuri Terawaki, sebelum empat lagi gol menyusul untuk meletakkan Sabah FA selesa dengan lima gol pada separuh masa pertama.

Tiga daripada gol dijaringkan pemain tengah berasal dari Amerika Syarikat, Mai Lisa Atis, iaitu masing-masing gol kedua dan ketiga pasukan pada minit ke-24 dan ke-33, manakala satu lagi pada minit kecederaan babak pertama, iaitu gol kelima untuk Sabah FA.

Jaringan keempat untuk Sabah FA pula disumbangkan penyerang yang juga berasal dari Amerika Syarikat, Enzi Hekima Starks Broussard pada minit ke-39.

Tidak cukup lima gol pada separuh masa pertama, Sabah FA meneruskan ‘pesta gol’ pada babak kedua perlawanan bermula dengan jaringan kedua Enzi Hekima untuk menjadikan enam gol milik Sabah pada minit ke-50.

Enzi Hekima sekali lagi mencipta hatrik apabila menjaringkan gol ketujuh dan kelapan untuk pasukan serta gol ketiga dan keempat buat dirinya, masing-masing pada minit ke-57 dan ke-62.

Rakannya, Mai Lisa turut mencipta hatrik keempatnya malam ini apabila menyumbang jaringan kesembilan untuk Sabah FA pada minit ke-65, sebelum satu lagi hatrik pada minit ke-80 untuk menyumbang gol ke-11 buat Sabah FA.

Sebelum itu, pada minit ke-69, Sabah FA melengkapkan 10 gol menerusi jaringan Misaki Nakayama, manakala pada minit ke-83 seorang lagi pemain tengahnya, An Sebin menjaringkan gol ke-12 untuk pasukan.

Ayuri yang membuka jaringan untuk Sabah pada minit ke-10 kemudian menambah satu lagi jaringan untuk menjadikan kedudukan 13-0 pada minit kecederaan sebagai penutup aksi perlawanan malam ini. – Info X