KOTA KINABALU: Konsul Indonesia di Tawau berharap lebih banyak penerbangan terus menghubungkan Indonesia dan Sabah diwujudkan bagi memudahkan integrasi rakyat kedua-dua wilayah.
Bapak Dino Nurwahyudin yang baru memulakan tugas sebagai Konsul Republik Indonesia di Tawau sejak 9 Julai lalu menyatakan harapan itu pada kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.
Hubungan antara Indonesia dan Sabah begitu erat dan telah terjalin sekain lama. Kita juga berharap adanya lebih banyak penerbangan terus menghubungkan Indonesia dan Sabah bagi memudahkan integrasi rakyat kedua-dua wilayah”, katanya.
Mengenai kunjungan hormat itu, Dino berkata ia bagi memperkenalkan dirinya secara rasmi kepada Ketua Menteri selepas dilantik sebagai Ketua Perwakilan KRI di Tawau pada 9, selain membincangkan sasaran dan cadangan beliau sepanjang tempoh penugasan di Sabah.
Katanya, pertemuan itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkara berkepentingan bersama serta mengenal pasti ruang yang boleh diterokai bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara Sabah dan Indonesia.
Dino mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan diplomatik, termasuk pernah berkhidmat sebagai Konselor di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dan memegang pelbagai jawatan di Kementerian Luar Negeri Indonesia dan perwakilan diplomatik Indonesia di luar negara.
Beliau juga pernah berkhidmat di KRI Tawau dalam bidang Penerangan, Sosial dan Kebudayaan pada 2024 hingga 2025, sebelum dilantik sebagai Ketua Perwakilan KRI Tawau.
Turut hadir ialah isteri beliau, Ibu Gain Nrangwesty. – Info X