Search

Betis tertusuk besi ketika bertukang

September 14, 2026

Info X Reporters

TAMBUNAN: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas betisnya tertusuk besi ketika melakukan kerja pertukangan rumah, di sini, hari ini.

Mangsa warga Indonesia berusia 34 tahun itu dibawa rakan sekerjanya ke Bahagian Kecemasan Hospital Tambunan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Penolong Penguasa Bomba Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital pada 9.07 pagi.

Katanya, empat anggota bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba tiga minit kemudian.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong dan mengeluarkan besi yang tertusuk bagi memudahkan petugas kesihatan memberikan rawatan lanjut.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital dan operasi ditamatkan pada 9.20 pagi,” katanya. – Info X