Search

Dua penjawat awam ditahan kemuka dokumen palsu tuntutan RM30,000

September 20, 2026

Info X Reporters

LAHAD DATU: Dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan elaun berjumlah kira-kira RM30,000.

Tuntutan itu membabitkan elaun tugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana yang dipercayai dilakukan antara 2022 hingga 2023.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan kira-kira jam 10 pagi, 17 September lalu ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM cawangan Lahad Datu.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada 24 September ini,” katanya. – Info X