KOTA KINABALU: Seramai 199 mangsa daripada 69 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Penampang berikutan banjir yang melanda 15 kampung di daerah terbabit pada petang Khamis.
Daripada jumlah itu, seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Penampang; 44 mangsa daripada 18 keluarga di PPS Dewan Huguan Siou; 83 mangsa daripada 27 keluarga di PPS St Paul, Kolopis.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu menunjukkan peningkatan setakat tengah hari tadi.

Di Kota Kinabalu, proses pendaftaran mangsa banjir masih dijalankan di PPS Dewan Masyarakat Manggatal.

Pada Khamis, bencana banjir diisytiharkan di Kota Kinabalu dan Penampang berikutan banjir selepas hujan lebat berterusan yang menenggelamkan beberapa kawasan rendah di kedua-dua daerah. – Info