Search

GAGASAN RAKYAT : TUDUHAN JUNZ WONG TIDAK MASUK AKAL

February 8, 2023

admin

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Junz Wong yang mengatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melaksanakan gerakan sehingga menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan meninggalkan parti.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, tuduhan Junz itu tuduhan bukan saja tidak masuk akal malah hanya menunjukkan tentang kelemahan partinya sendiri.

“Mereka meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap halatuju parti serta mengambil kira pandangan akar umbi masyarakat di kawasan yang mereka wakili.

“Selain itu, rakyat juga sudah berasa bosan dengan tindakan pemimpin parti itu yang sentiasa mencipta pelbagai polemik dan ketidakstabilan politik di Sabah sehingga memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri serta rakyat.

“Selepas majoriti rakyat Sabah membuat keputusan melalui Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, kepimpinan Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang kepada parti yang diberi mandat untuk mengurus pembangunan dan kemajuan rakyat mahupun negeri.

“Mereka sepatutnya mengambil peranan sebagai semak dan imbang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Junz yang juga ADUN Tanjung Aru turut melemparkan tuduhan ke atas Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dengan mengatakan beliau tidak ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan paska Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) juga suatu yang bertentangan dengan tindakan pemimpin Warisan sendiri.

“Bagaimana mungkin sebuah kerajaan perpaduan dapat dibentuk selepas Datuk Seri Shafie Apdal bertindak mengheret Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama 12 ADUN UMNO dan tiga ADUN PKDM pada untuk menjatuhkan kerajaan Sabah yang dipimpin Ketua Menteri pada 6 Januari lalu.

“Situasi ini jelas menunjukkan Junz dan kepimpinan Warisan yang tidak menunjukkan keikhlasan.

“Malahan Junz juga memperlihatkan sifat hipokrit apabila beliau meyeru Suruhanjaya Pencegagahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat 3 ADUN yang keluar dari Warisan.

“Kerajaan Sabah Ketua Menteri ketika ini sudah menunjukkan prestasi yang baik dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025).

“Sepanjang tempoh itu juga Sabah sudah mencapai peningkatan daripada segi kutipan hasil, pelaburan serta pemulihan ekonomi menerusi pertumbuhan positif.

“Semua pencapian ini adalah suatu manifestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang cemerlang. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada lagi ADUN pembangkang akan keluar parti mereka dan menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat ini,” katanya. – Info X