KOTA BELUD: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai juara Ratu Serimpak sempena sambutan Tamu Besar Kota Belud 2026, di sini.
Nabilah Samsuddin dari Kampung Penampang, Kota Belud, menewaskan sembilan peserta lain pada pertandingan yang diadakan di pentas utama, tapak sambutan Tamu Besar Kota Belud.
Nabilah yang juga pelajar tahun akhir UMS membawa pulang RM3,000 berserta hadiah iringan yang disampaikan oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datin Sarina Mohd Yaakub.
Sementara itu naib juara disandang peserta dari Kampung Timbang Dayang, Puteri Asyiqin Datu Abdullah Azan manakala peserta dari Kampung Siasai, Harnie Norhidayah Muhiddin di tempat ketiga.

Bagi kategori Tanjak Pahlawan pula, peserta dari Kampung Kesapang, Mohd Irfan Abd Rakman menjuarai kategori berkenaan yang turut disertai sembilan peserta lain di pentas utama Tamu Besar Kota Belud pada Rabu.
Irfan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta hadiah-hadiah iringan lain.
Naib juara pula dimenangi peserta dari Kampung Pirasan, Muhd Aiqal Aiman, manakala peserta dari Kampung Taun Gusi, Fadzley Izzani Lamsin di tempat ketiga. – Info X