Search

AMARAN HUJAN LEBAT BERTERUSAN SEHINGGA JUMAAT

February 13, 2023

admin

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada kepada Sabah dan Sarawak sehingga Jumaat ini.

Met Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan, amaran itu dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca yang menunjukkan penumpuan angin diramalkan berlaku di tengah dan utara Sarawak serta timur Sabah.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempon berkenaan.

“Oleh itu, MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa kepada kawasan Bukit Mabong dan Belaga, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak sehingga 15 Februari 2023.

“Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan untuk Sabah membabitkan Lahad Datu, Tawau, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat bermula 15 hingga 17 Februari 2023,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan sama turut menyatakan ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga esok. – Info X