MedComm KK, Relly Rebels berentap dalam aksi persahabatan pickleball

November 17, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Media dan Komunikasi Kota Kinabalu (MedComm KK) meneruskan usaha mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kesukanan menerusi perlawanan persahabatan pickleball menentang Relly Rebels di Dewan La Salle, di sini, malam tadi.

Pertemuan yang berlangsung selama tiga jam itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dalam suasana penuh semangat dan persaingan sihat.

Perlawanan membabitkan tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Setiap perlawanan menggunakan format kiraan mata rali sehingga 15 mata tanpa deuce serta sistem terbaik daripada tiga permainan.

Pengerusi MedComm KK, Christopher Bernard Maskilone berkata, perlawanan persahabatan itu bukan sekadar medan menguji kemampuan pemain, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pasukan.

Katanya, aktiviti sukan seumpama itu turut memberi peluang kepada pemain meningkatkan kemahiran, berkongsi pengalaman serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, beliau berharap lebih banyak perlawanan persahabatan dapat dianjurkan bagi merancakkan perkembangan sukan pickleball, khususnya dalam kalangan pengamal media dan komuniti setempat.

Sementara itu, Penolong Pengurus MedComm KK, Sandra Sokial turut memainkan peranan dalam menguruskan penyertaan pemain serta memastikan perjalanan perlawanan berlangsung lancar.

Pasukan Relly Rebels pula diketuai pengurusnya, Irwan Iswandy yang turut memberi komitmen dalam menjayakan perlawanan persahabatan berkenaan.

Pertemuan itu bukan sekadar memburu kemenangan, sebaliknya menjadi medan mengukuhkan semangat berpasukan dan hubungan persahabatan tanpa mengira keputusan perlawanan. – Info X