Search

Ribut petir, hujan lebat dijangka hingga 5 pagi ini

March 6, 2023

admin

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri ini sehingga 5 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.55 tengah malam tadi berkata, ia membabitkan daerah Sandakan dan Kinabatangan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sandakan dan Kinabatangan.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Info X