Search

Jangan pandang rendah Kuching City FC – Kim Swee

March 5, 2023

admin

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memberi amaran kepada anak didiknya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan Kuching City FC walaupun pasukan berkenaan tewas 0 – 5 kepada Selangor FC di laman sendiri minggu lalu.

Katanya, setiap pasukan yang tewas begitu besar sudah pastinya mahu bangkit dan lebih berwaspada terutama apabila mereka beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita boleh ibaratkan mereka seperti ‘A Wounded Tiger’ apabila tewas dengan jumlah yang begitu besar pemain dan pengurusan Kuching City FC ingin membalas kepercayaan penyokong mereka terutama bermain di laman sendiri.

“Sudah tentu mereka ingin membuktikan (Kuching City FC) masih lagi relevan dalam Liga Super…Timbul persoalan di sini bagaimana pula untuk kita mendapatkan jumlah gol yg besar dalam perlawanan malam esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kesebelahan utama dalam perlawanan esok Kim Swee berkata, beliau menjangkakan perlawanan esok akan menjadi lebih sukar daripada apa yang telah mereka lalui dalam dua perlawanan awal di Stadium Likas sebelum ini.

“Ini merupakan perlawanan pertama di luar…Sudah tentu ini akan menjadikan Sabah FC lebih fokus untuk memastikan kemenangan pertama ditempat lawan dapat diperolehi malam esok,” katanya. – Info X