KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah sehingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3.10 petang ini berkata, kawasan terbabit iaitu pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan.
“Selain itu, pantai barat, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat sehingga 6 petang ini.
“Keadaan itu juga dijangka berlaku di Sarawak iaitu Limbang (Lawas),” katanya.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau jangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Info X