Search

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

March 9, 2023

admin

TUARAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Togot, Kampung Rungus Nahaba, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Maklumat awal memaklumkan seorang mangsa lelaki lemas ketika menjalankan aktiviti mandi manda di Sungai Togot.

“Identiti mangsa bagaimanapun belum diperoleh dan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan dilaksanakan di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, maklumat kejadian akan disalurkan dari semasa ke semasa. – Info x