Search

Sabah FC seri, Kim Swee dilayang kad merah

March 12, 2023

admin

KOTA KINABALU: Sabah FC berkongsi satu mata dengan Sri Pahang FC selepas seri 1-1 dalam aksi Liga Super, di Stadium Darul Makmur, di Kuantan, sebentar tadi.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mendahului tuan rumah pada minit ke-13 hasil tandukan Daniel Sang Ting yang berjaya menewaskan penjaga gol Sri Pahang FC Tarmizi Roslan.

Pada minit ke-25, penyerang import Tok Gajah, Kpah Sherman menjaringkan gol penyamaan selepas menewaskan penjaga gol lawan, Damien Chien.

Pada minit ke-67, Sabah kehilangan Kim Swee selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharuddin.

Selepas itu kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi akhirnya akur berpuas hati berkongsi satu mata selepas perlawanan tamat. – Info X

Sumber Foto : Sabah FC