Search

Cadangan bina Taman Perindustrian Antarabangsa Sabah di Kimanis

March 15, 2023

admin

KOTA KINABALU: Cadangan Taman Perindustrian Antarabangsa di Kimanis yang yang dianggar bernilai RM10 bilion bakal membabitkan kerjasama antara kerajaan negeri, syarikat tempatan dan pelabur dari Taiwan

Taman perindustrian yang dicadangkan itu bertujuan agar pelabur tempatan dan antarabangsa dapat menubuhkan kilang pembuatan dan pemprosesan, kedai serta pejabat bersama dengan dataran komersial dan pembangunan kediaman.

Rancangan berkenaan dibuat Syarikat tempatan Kina Ventures Sdn Bhd yang akan bekerjasama dengan kumpulan pelabur dari Taiwan melibatkan kawasan seluas 20,000 ekar

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor diberi taklimat mengenai perkara itu semasa kunjungan hormat delegasi Syarikat Kina Ventures bersama pihak pelabur Taiwan yang diketuai Pengerusi Kina Ventures Datuk Maijol Mahap di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini Isnin lepas.

Menerusi taklimat itu, beliau diberi penerangan mengenai keseluruhan pembangunan berkenaan apabila siap akan mempunyai unjuran nilai pembangunan kasar akhir kira-kira RM200 bilion.

Selain itu, lebih puluhan ribu peluang pekerjaan dan perniagaan akan diwujudkan untuk rakyat tempatan dengan hasil cukai jangka panjang yang lumayan kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pelabur datang dan melabur di Sabah selaras dengan dasar mesra pelabur negeri ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kina Ventures Herman S K Lee, Melvin Lee, dan Rachel Lee; Presiden Dewan Perniagaan Besar Hakka Taiwan Yeh Chun-Hui; Presiden Kehormat Dewan Perniagaan Besar Hakka Taiwan Yeh Chun-Rong serta beberapa wakil pelabur dan perunding projek Taiwan. – Info X