Search

Pendaki Jepun ‘meeting’ di puncak Aki Nabalu

March 23, 2023

admin

KOTA KINABALU: Seorang pendaki dari Jepun menarik perhatian netizen selepas beberapa video menyaksikan dia mendaki Gunung Kinabalu dengan pakaian pejabat yang lengkap berkot dan bertali leher tular di media sosial, hari ini.

Pendaki yang dikenali sebagai Sada Nobukata itu dikatakan mula mendaki gunung tertinggi negara itu semalam dan berjaya sampai ke puncak awal pagi tadi.

Ini bukan kali pertama yang menyaksikan pendaki Gunung Kinabalu mengenakan pakaian mencuri tumpuan, sebelum ini beberapa pendaki juga pernah ‘memeriahkan’ pandakian dengan aksi tersendiri termasuk ada yang memakai kostum ‘Iron Man’ – Info X